Sungai bertukar merah akibat darah babi - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Sep 15th, 2017

Sungai bertukar merah akibat darah babi

Image may contain: outdoor and water

 

PENDUDUK di China gempar selepas air sungai Lianxi bertukar menjadi merah, umpama cerita dalam filem seram.
Selain itu ia juga mengeluarkan bau busuk dan hanyir.

Rupa-rupanya selepas siasatan dijalankan, mereka mendapati air itu disalurkan daripada paip pecah ke dalam sungai dan selepas pemeriksaan, paip itu datangnya dari pusat penyembelihan babi.

Ia bermakna warna merah itu adalah warna dari darah babi.

Menurut People’s Daily Online, Sungai Lianxi bertukar menjadi merah pada pagi 12 September lalu.

 

Malah seorang saksi memberitahu warna air sungai itu berubah daripada biru ke hitam dan kemudian kuning sebelum bertukar menjadi merah.

Melihat kepada warna air itu, penduduk di situ terkejut dan tertanya-tanya berapa banyak babi yang telah dibunuh di pusat penyembelihan berkenaan.

“Memang menakutkan apabila melihat jumlah darah yang begitu banyak mengalir ke dalam sungai,’’ kata netizen.

Kejadian sama dilaporkan pernah berlaku pada Julai 2014 melibatkan sungai yang sama, yang turut bertukar menjadi merah. Pencemaran itu berlaku disebabkan oleh paip kumbahan yang bocor.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (20)