Sayang tak bertempat, sembunyi anak penagih bawah katil elak dicekup AADK - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Aug 24th, 2017

Sayang tak bertempat, sembunyi anak penagih bawah katil elak dicekup AADK

Image may contain: 2 people, night

 

Kuala Lumpur: Kasih tidak kena tempat. Itu tindakan segelintir ibu bapa yang sanggup bersubahat dengan menyembunyikan anak kandung di bawah katil atau belakang pintu kerana bimbang diberkas pasukan Special Tactical Response & Investigation Key Enforcers (STRIKE) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang melakukan operasi mengesan penagih dadah tegar.

Kebanyakan ibu bapa dan keluarga penagih dadah terbabit turut menipu kononnya anak masing-masing tiada di rumah ketika serbuan dilakukan di sekitar Perak Tengah dan Selangor sebelum ini.

Bagaimanapun penipuan itu terbongkar apabila siasatan lanjut di kediaman mereka menemui penagih dadah tegar yang diburu AADK.

“Berdasarkan operasi dilakukan lapan anggota dan pegawai STRIKE di beberapa lokasi di Lembah Klang dan Perak Tengah baru-baru ini, pihak AADK mendapati masih ada segelintir ibu bapa yang enggan memberi kerjasama dengan menyerahkan anak masing-masing.

“Dalam serbuan terbaru kelmarin, sepasukan anggota STRIKE ‘melawat’ 13 rumah penagih dadah di Pulau Tiga Kiri, Pasir Garam, Pasir Putih, Pulau Tiga Kanan, Pasir Kubu, Lambor Kiri dan Pasir Salak di sekitar daerah Perak Tengah,” katanya.

Menurutnya, dalam operasi khas itu, ada antara ibu bapa penagih enggan memberi kerjasama dengan menipu anggota STRIKE.

“Mereka memberitahu kononnya anak masing-masing tiada di rumah dan mereka tidak tahu di mana anak mereka berada ketika itu.

“Namun apabila kediaman mereka diperiksa, pihak AADK menemui anak mereka sedang bersembunyi di bawah katil, belakang pintu atau lokasi tersorok di dalam rumah,” katanya.

Selain itu menurutnya, pihak STRIKE turut melakukan serbuan mengejut di enam premis perniagaan termasuk sebuah kedai mesin judi yang beroperasi di Kampung Pasir Garam.

Bagaimanapun operasi gagal dipercayai berpunca tindakan tonto menyalurkan maklumat kepada pemilik serta pengunjung di dalam premis berkenaan.

“Turut diserbu sebuah kedai makan yang dijadikan lokasi untuk menjual air ketum serta menjadi sarang penagihan dadah.

“Siasatan mendapati penjual air rebusan ketum berkenaan turut mencampurkan ubat nyamuk serta ubat batuk di dalam air khayal. Sebanyak tiga botol air ketum seberat enam liter berjaya dirampas,” katanya.

Susulan tindakan dilakukan itu, seramai 21 individu ditahan selepas didapati positif mengambil dadah syabu

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (15)