Gajah mati dilanggar bas ekspres di Gerik - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Aug 24th, 2017

Gajah mati dilanggar bas ekspres di Gerik

Image may contain: grass, outdoor and nature

 

IPOH: Seekor gajah jantan berusia 10 tahun mati dilanggar sebuah bas di Kilometer 60, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Puncak Titiwangsa, Gerik, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, pemandu dan semua penumpang bas berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PRHILITAN) Perak, Loo Kean Seong, berkata pihaknya bergegas ke lokasi sebaik dihubungi dan mengambil tindakan segera menutup bangkai haiwan itu menggunakan kanvas.

Katanya, pihaknya menunggu ketibaan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak bagi menjalankan bedah siasat ke atas bangkai berkenaan.

“Anggota PERHILITAN akan menanam bangkai itu hari ini dan akan memotong gading gajah ini bagi mengelak diambil pihak tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. – BHarian

[​IMG]

 

[​IMG]

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (10)