Ini pula kesilapan Indonesia terhadap bendera 5 negara di SEA Games 2011 - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Aug 23rd, 2017

Ini pula kesilapan Indonesia terhadap bendera 5 negara di SEA Games 2011

Image may contain: outdoor and text

 

PETALING JAYA: Di saat pelbagai pihak di Indonesia masih marah terhadap kesilapan Malaysia mencetak bendera republik itu terbalik dalam buku cenderahati rasmi Sukan SEA ke-29, kesilapan sama pernah dilakukan tuan rumah Indonesia ketika menganjurkan sukan itu 6 tahun lalu.

Kesilapan itu dilakukan menjelang Sukan SEA ke-26 di Palembang, menurut sebuah laman web Indonesia yang melaporkan perkara itu beberapa bulan sebelum acara itu.

Kompasiana.com melaporkan kesilapan itu melibatkan sekurang-kurangnya 5 bendera negara Asean termasuk Malaysia.

Antaranya ialah bendera negara dipasang terbalik selama lebih 2 bulan di pelbagai lokasi di Palembang termasuk berhampiran bank, restoran, hospital, universiti dan hotel.

Jalur Gemilang pula dipasang terbalik di Gedung Asuransi, Jalan Jendral Sudirman dengan lambang bulan sabit dan bintang berada di bahagian bawah.

terbalik_malaysia

Di lokasi sama, bendera Myanmar disalah cetak apabila kombinasi biru merah dikibarkan, sedangkan ia tidak digunakan lagi sejak 21 Oktober 2010.

Bendera Myanmar ketika itu sudah pun menggunakan kombinasi kuning, hijau dan merah dengan lambang bintang 5 bucu berwarna putih.

terbalik_manyar

 

Bendera Vietnam turut menjadi mangsa, dipasang terbalik di depan Hospital Muhammadiyah Plaju. Bendera dengan lambang bintang 5 bucu seharusnya dikibar dengan bucu tunggal di bahagian atas tetapi ia diterbalikkan ke bawah.

vitnam_lama

Bendera Filipina pula dipasang terbalik apabila bahagian biru yang sepatutnya berada di bahagian atas diterbalikkan ke bawah.

filipina_terbalik

Bendera Timur Leste pula dikibar dengan lambang bintang 5 bucu yang sepatutnya berdekatan tiang, tetapi berubah kedudukan ke depan.

timorleste_terbalik

Menurut laporan itu, 5 daripada 8 bendera negara peserta termasuk Malaysia dikibarkan terbalik di depan sebuah institusi pendidikan swasta.

Hanya 3 negara terselamat Asean “terselamat” daripada kecuaian, iaitu negara tuan rumah Indonesia, Singapura dan Kemboja.

Malaysia memohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Indonesia selepas pendedahan kesilapan pada bendera Indonesia dalam buku cenderahati SEA Games 2017.

Susulan itu, pelbagai kumpulan dan pemimpin politik menggesa tindakan lebih keras terhadap Malaysia.

Sejak kesilapan itu dilaporkan, media sosial milik rakyat Indonesia menyasarkan Jalur Gemilang dengan memaparkannya secara terbalik.

Jalur Gemilang jadi bahan ejekan netizen Indonesia

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (19)