Gadis ini sanggup meletop ovari demi Prince Mateen! - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Aug 23rd, 2017

Gadis ini sanggup meletop ovari demi Prince Mateen!

Image may contain: 1 person, sitting and suit

 

SEJAK kemunculan putera kacak dari Brunei, Putera Abdul Mateen dalam acara polo berkuda Sukan SEA bertemu pasukan Malaysia baru-baru ini, ternyata menarik perhatian netizen.

Ramai yang memberi pelbagai reaksi dan ada segelintir gadis seakan ‘disampuk’, tetapi bukan berikutan dengan perlawanan itu, sebaliknya lebih kepada aspek fizikal ketampanan putera tersebut.

Antaranya, salah seorang netizen ini yang mungkin dilihat terlalu teruja bertemu dengan putera itu sehingga memuat naik caption yang sekali pandang agak berbaur lucah.

Kenyataan oleh gadis yang menggunakan nama Elynadd itu dibuat di akaun Twitter miliknya baru-baru ini.

IRL Prince Mateen is sooo fine so charming so handsome his skin his eyes his eyebrow his nose. My ovaries just exploded man, tulis gadis berkenaan.

Kapsyen tersebut, akhirnya memakan dirinya sendiri apabila ramai netizen menyelar gadis tersebut seolah-olah menyifatkan ovarinya akan ‘meletup’ akibat terpesona dengan kekacakan wajah Putera Mateen.

Respon tersebut disifatkan sebagai agak keterlaluan.

Bagaimanapun, mungkin niat sebenar gadis tersebut tidak bermaksud untuk meletakkan dirinya sehingga ke tahap yang sebegitu rendah.

Barangkali, apa yang cuba disampaikan oleh gadis itu hanya untuk meluahkan rasa kagum terhadap ketampanan Putera Manteen.

Ramai yang mengambil serius dengan lawak gadis berkenaan.

Tinjauan MYNEWSHUB mendapati, selepas statusnya tular, gadis berkenaan telah menetapkan akaun Twitter miliknya menjadi private dan hanya boleh dilayari rakan-rakan sahaja.

Kepada netizen, apa yang berlaku kepada gadis berkenaan dijadikan pengajaran agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa statement.

Tidak kira betapa kacak atau tampan sekalipun seseorang itu, please behave. Jangan kerana mulut, habis badan binasa ya… – MYNEWSHUB/AmyMaizura

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (13)