Cerai talak tiga 
diharamkan di India - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Aug 23rd, 2017

Cerai talak tiga 
diharamkan di India

Image may contain: one or more people

 

NEW DELHI- Mahkamah Agung India hari ini mengarahkan supaya amalan perceraian secara talak tiga dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini dilarang sama sekali.

Arahan itu dikeluarkan selepas Mahkamah Agung memutuskan perceraian berkenaan tidak mengikut perlembagaan dan ajaran Islam.

Beberapa mangsa perceraian talak tiga termasuklah Shayara Bano, yang sebelum ini diceraikan oleh suaminya melalui surat pada tahun 2015, telah meminta Mahkamah Agung untuk mengeluarkan arahan tersebut.

Barisan panel juri yang terdiri daripada lima penganut agama utama di India – Hindu, Kristian, Islam, Sikh dan Zoroastrian menyifatkan perceraian itu tidak mengikut ajaran agama dan melanggar moral perlembagaan.

Menurut mereka, adalah tidak wajar membiarkan seorang lelaki menghancurkan perkahwinan dengan sewenang-wenangnya.

“Apa sahaja perkara yang mendatangkan dosa dalam agama, ia tidak sah di sisi undang-undang,” kata para juri tersebut.

Sementara itu, Shayara yang menderita selepas perceraiannya, melahirkan rasa gembira apabila keputusan tersebut diumumkan dan menyifatkan ia adalah peristiwa bersejarah untuk wanita Islam.

“Saya merayu kepada orang ramai supaya tidak mempolitikkan isu ini dan menerima keputusan Mahkamah Agung berkaitan talak tiga.

“Saya rasa sedih apabila keluarga berpecah. Saya harap tiada siapa harus mengalami situasi seperti ini pada masa akan datang,” kata Shayara kepada pemberita di luar mahkamah.

Dalam pada itu, Menteri Wanita dan Kanak-kanak, Maneka Gandhi berkata, arahan tersebut merupakan satu langkah besar untuk kaum wanita.

“Perceraian adalah perkara yang sangat, sangat penting dalam kehidupan seorang wanita. Keputusan berkenaan menjadikan wanita juga berhak dilindungi oleh perlembagaan,” kata Gandhi dalam temu bualnya bersama stesen televisyen, News18.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (32)