Cara 'kasar' ajar pemandu degil - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Aug 23rd, 2017

Cara ‘kasar’ ajar pemandu degil

Image may contain: car and outdoor
BEIJING: Sebuah syarikat pengurusan harta menggunakan cara yang luar biasa untuk ‘mengajar’ seorang pemandu yang enggan membayar kos parkir di timur laut China, pada Selasa.Kejadian itu yang berlaku di Benxi, wilayah Liaoning apabila pemandu kereta terbabit tidak mahu membayar parkir apabila pengawal keselamatan memintanya berbuat demikian.

Pemandu wanita itu turut bertelagah dengan pengawal keselamatan tersebut dan tanpa rasa bersalah meninggalkan keretanya di luar pondok keselamatan.

Tindakan wanita itu menyebabkan laluan masuk terhalang dan menyukarkan kenderaan lain memasuki kawasan tersebut.

Berang dengan tindakan pemandu itu, pihak pengurusan kawasan tersebut mengupah sebuah tren untuk mengangkat kereta wanita terbabit dan meletakkan kenderaan berkenaan di atas bumbung pondok keselamatan.

Pemandu wanita itu kemudiannya bertemu dengan wakil syarikat pengurusan dan mereka menyelesaikan pertikaian tersebut di sebuah balai polis berdekatan.

Selepas tamat berbincang, kereta wanita itu akhirnya diturunkan semula tetapi tidak dapat dipastikan sama ada dia membayar kos parkir atau upah kren terbabit. –  South China Morning Post

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (16)