TMJ persoal mana KBS ketika FAM perlukan bantuan - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Aug 18th, 2017

TMJ persoal mana KBS ketika FAM perlukan bantuan

Image may contain: 2 people, beard

 

Tunku Mahkota Johor (TMJ) baru-baru ini telah menulis di laman media JOHOR Southern Tigers mengenai keadaan yang berlaku ketika ini.

Baginda dipersoal kerana tidak hadir ke stadium untuk memberikan sokongan kepada skuad B-22 Malaysia yang kini sedang beraksi di Sukan SEA.

TMJ menjelaskan yang kehadirannya tidak perlu dipersoal, kerana baginda bukan seorang yang berpura-pura.

“Saya tidak berminat untuk berpura-pura tunjukkan muka di stadium untuk mendapatkan sokongan. Saya tidak perlu sokongan sebab saya bukannya ahli politik.”

Dalam masa yang sama TMJ juga mempersoalkan tindakan Kementerian Belia & Sukan dan menterinya iaitu Khairy Jamaluddin yang tiada apabila Liga Malaysia mengalami kesulitan.

“Mana pergi individu ini dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) apabila FAM atau bola sepak Malaysia susah dan memerlukan bantuan kewangan?”

“Walauapapun saya tidak salahkan pihak KBS yang tidak berikan duit kepada FAM. Maklumlah, isu duit berjumlah RM100 juta duit rakyat pun tidak dijawab lagi macam mana mereka nak bagi duit kepada kami.”

TMJ juga menegaskan yang baginda telah banyak membantu bola sepak negara menerusi posisi beliau sebagai Presiden FAM.

“Anda mungkin terlupa sumbangan saya kepada FAM sewaktu FAM, liga dan pasukan lain tidak berduit. Bukan mahu mengungkit tetapi ini satu kenyataan.“

TMJ juga menerangkan yang baginda kini sedang bercuti bersama-sama keluarga. Baginda juga semapt menyampaikan mesej kepada Encik Ibdillah. Siapakah beliau?

“Kepada En. Ibdillah, tidak perlulah sibuk-sibuk dengan cybertroopers awak untuk menghentam-hentam saya dan menjulang bos awak.”

“Tiada sesiapa yang nak jatuhkan bos awak.”

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (1)