Pertandingan siapa pakaikan kain kafan paling cepat - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Aug 18th, 2017

Pertandingan siapa pakaikan kain kafan paling cepat

Image may contain: one or more people and people sitting

 

Sumedang (Indonesia): Biasanya acara sukaneka seperti berlari dalam guni dipertandingkan oleh penduduk sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia semalam.

Bagaimanapun, sebuah kampung di sini menganjurkan pertandingan memakai kain kafan sempena sambutan berkenaan.

Pertandingan yang diberi nama ‘balap taubat’ itu dianjurkan penduduk Kampung Cibuntu, Desa Makerbakti dekat sini.

Dalam pertandingan berkenaan, beberapa kumpulan berlumba memasang kain kafan pada ‘jenazah’ paling cepat dan sempurna.

[​IMG]

Pada tahun ini, empat kumpulan terdiri daripada lima peserta bertanding dalam pertandingan itu yang berlangsung pada malam kelmarin.

Walaupun kelihatan pelik, beratus-ratus penduduk kampung hadir untuk menonton dan memberikan sokongan kepada peserta yang terdiri daripada golongan muda.

Seorang penganjur, Aan Ganardi berkata, pertandingan itu diadakan kerana mahu setiap orang Islam tahu bagaimana untuk menguruskan jenazah untuk dikebumikan.

“Setiap kumpulan dinilai bukan sahaja dari segi kepantasan tetapi kekemasan bermula daripada menggunting kain kafan, membuat tali, meletakkan kapas dan membungkus mayat.

“Selepas semua itu selesai peserta juga perlu membuat solat jenazah,” katanya yang dipetik detik.com.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (1)