Bayar AES atau ke mahkamah

61

Image may contain: sky and outdoor

 

PUTRAJAYA: Pengguna jalan raya yang tidak membayar kompaun dikeluarkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dalam tempoh ditetapkan akan dikenakan tindakan mahkamah.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron, pihaknya sedang menyemak pengguna jalan raya yang tidak membayar kompaun AES sejak 15 April lalu untuk dikenakan tindakan mahkamah.

“Kita sudah menerima arahan daripada Peguam Negara untuk membawa mereka yang tidak membayar kompaun AES dalam tempoh yang ditetapkan ke mahkamah.

“Pengguna jalan raya yang dikenakan saman AES hanya perlu membayar kompaun sebanyak RM150, namun jika mereka gagal untuk membayar dalam tempoh ditetapkan, kita akan bawa ke mahkamah dan denda tidak melebihi RM2,000,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara JPJ dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia di sini, hari, ini.

Pada majlis itu, JPJ diwakili Nazri, manakala JPK diwakili Ketua Pengarahnya, Nidzam Kamarulzaman.

Nazri berkata, sehingga kini pihaknya belum membawa mana-mana pengguna jalan raya ke mahkamah, tetapi anggotanya sedang giat memburu mereka yang gagal menjelaskan bayaran kompaun terbabit.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments