Viral histeria ketika tonton Annabelle, sebenarnya kaki kejang

37

Image may contain: one or more people and people sitting

 

TULAR video rakaman yang menunjukkan tayangan filem seram Annabelle di Terengganu terpaksa dihentikan seketika selepas seorang penonton didakwa mengalami histeria.

Dalam video tersebut, beberapa individu dipercayai kakitangan wayang memeriksa seorang wanita yang didakwa menjerit ketika tayangan berlangsung.

Keadaan tersebut menyebabkan tersebar khabar angin bahawa mangsa mengalami histeria atau dirasuk.

Bagaimanapun, seorang pelayar mengatakan mangsa mengalami ‘cramp’ atau kejang otot didakwa akibat keadaan terlalu sejuk.

“Nok kabo ni hok mane duk viral pasal kat awayang ade orang kene rasuk tu doksoh caye. Saya tahu saya ade mase ye kene, duk depan dia. Dia kaki krem je. Sebab sejuk duk dalam aircond,” kat apelayar berkenaan.

Seorang lagi pelayar mengatakan tayang dihentikan seketika manakala lampu dewan dibuka untuk memberi laluan anggota kesihatan memeriksa mangsa dan membawanya keluar.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments