SPRM serbu pejabat Exco P.Pinang - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Aug 11th, 2017

SPRM serbu pejabat Exco P.Pinang

Image may contain: 1 person, standing

 

GEORGE TOWN: Sepasukan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat salah seorang Exco Kerajaan Pulau Pinang di Komtar, Jumaat.

Anggota suruhanjaya terlibat ke Aras 53 bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran negeri itu pada kira-kira pukul 11.30 pagi.

Pegawai SPRM dilihat memasuki pejabat pengerusi jawatankuasa yang bertanggungjawab memantau aspek alam sekitar di negeri ini.

Operasi terbaharu ini dipercayai dilakukan susulan siasatan SPRM berhubung kewujudan kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Setakat ini, pegawai SPRM masih berada di lokasi dan wakil media tidak dibenarkan masuk ke pejabat wakil rakyat itu.

Pada Khamis, badan pencegahan rasuan itu telah merampas dokumen berkaitan kilang berkenaan daripada Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Beberapa pegawai SPRM merampas beberapa dokumen di pejabat ahli majlis di Bandar Perda pada pukul 10.30 pagi dan proses itu selesai kira-kira tiga jam kemudian.

Selain SPRM, beberapa agensi penguatkuasaan lain juga menyerbu kilang berkenaan pada Khamis susulan aduan yang diterima daripada penduduk setempat yang bimbang berlaku pencemaran akibat pelepasan asap kilang berkenaan yang boleh menggugat kesihatan.

Kilang memproses penapis karbon itu telah beroperasi di kawasan ladang kelapa sawit sejak  lebih 10 tahun lalu.

Operasi membanteras kilang haram ini turut melibatkan pegawai Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (30)