Rosmah terharu terima Anugerah Tokoh Wanita - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Aug 11th, 2017

Rosmah terharu terima Anugerah Tokoh Wanita

Image may contain: one or more people and people standing

 

PETALING JAYA: Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menerima Anugerah Tokoh Wanita bagi mengiktiraf sumbanganya kepada wanita dan kanak-kanak.

Utusan Malaysia melaporkan anugerah yang julung kali diperkenalkan itu bagi menghargai jasa dan bakti tokoh wanita negara kepada pembangunan sosioekonomi dan kualiti kehidupan rakyat.

Sebagai isteri perdana menteri, Rosmah menerajui pelbagai persatuan termasuk Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Beliau juga terlibat secara aktif dalam Kempen Tabung Hari Pahlawan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).

Malah, beliau turut memberi sumbangan besar dalam pembangunan modal insan apabila mengilhamkan Program Permata Negara yang berteraskan “setiap anak permata negara”, menurut laporan itu.

Anugerah disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Datuk Mohd Noordin Abbas pada Majlis Minum Petang Sempena Ulang Tahun Ke-48 Majalah Wanita, semalam.

Rosmah ketika menyampaikan ucapannya, berkata sangat terharu dan berbesar hati di atas penghargaan itu.

“Penglibatan saya dalam Permata serta program berkaitan wanita sememangnya amat dekat di hati saya.

“Sesungguhnya, penglibatan ini lahir dari hati yang ikhlas untuk menabur jasa bakti kepada generasi muda kita yang menjadi perintis kepada kepimpinan negara.

“Saya berharap penganugerahan ini juga akan memberi perangsang kepada wanita lain untuk menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara,” katanya memetik laporan itu.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (9)