Khutbah Jumaat di Selangor pertahan larangan anak luar nikah berbinkan bapa - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Aug 11th, 2017

Khutbah Jumaat di Selangor pertahan larangan anak luar nikah berbinkan bapa

Image may contain: one or more people, people sitting and crowd

 

PETALING JAYA: Khutbah Jumaat disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini mempertahankan larangan menggunakan nama bapa sebenar pada nama anak tidak sah taraf, termasuk anak luar nikah.

Menegaskan memelihara keturunan satu daripada “maqasid syariah” dan perkahwinan saluran untuk menyambung keturunan yang sah, Jais berkata sekiranya anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan kepada bapa kandung, ia akan mengundang “masalah yang lebih besar”.

“Kesannya berlaku kerosakan dalam sistem keluarga kerana melakukan perzinaan berterusan akibat akad nikah yang tidak sah,” kata khutbah itu di bawah tajuk “Memelihara Nasab”.

“Kelahiran anak tidak sah taraf akan berleluasa dalam masyarakat.

“Akan melahirkan umat yang celaru keturunannya.

“Anak tidak sah taraf akan menuntut hak sama seperti mana anak sah taraf dalam perwalian, harta pusaka dan sebagainya yang boleh menimbulkan kerosakan yang lebih besar.”

Jais menegaskan Seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 menyebut fatwa yang diwartakan mengikat tiap-tiap orang Islam di Selangor sebagai ajaran agamanya dan menjadi kewajipan di sisi Islam untuk mematuhi fatwa itu.

“Fatwa yang sama juga memperuntukkan sesuatu fatwa yang diwartakan hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah di dalam negeri berkenaan tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya.”

Khutbah hari ini di sebalik keputusan Mahkamah Rayuan yang berkata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertindak di luar kuasanya apabila menggunakan nama bapa seorang anak luar nikah sebagai “Abdullah”, bertentangan dengan hasrat ibunya yang mahu menggunakan nama bapa kanak-kanak tersebut.

Dalam penghakiman bertulis 2 bulan selepas mahkamah membuat keputusan memihak kepada ibu bapa kanak-kanak itu, mahkamah turut mempertikaikan amalan menggenakan “bin Abdullah” kepada anak luar nikah.

“Kami percaya Islam tidak membenarkan penghinaan secara terbuka terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah,” tulis Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, seorang daripada 3 hakim dalam penghakiman 28 halaman.

Abdul Rahman berkata walaupun keputusan JPN untuk mengenakan “bin Abdullah” berdasarkan 2 fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1981 dan 2003, ia bercanggah dengan Seksyen 13A(2) BDRA yang membenarkan bapa kepada anak luar nikah untuk menggunakan namanya sebagai nama bapa kanak-kanak terbabit.

Abdul Rahman berkata fatwa itu bertujuan untuk mengesahkan status kanak-kanak itu dalam persoalan mengenai pembahagian harta pusaka dan hubungan keluarga dalam hal berkaitan perkahwinan, dan bukan untuk “mengumumkan kepada seluruh dunia” bahawa anak itu anak luar nikah.

JPN bagaimanapun berkata ia akan meneruskan amalan melarang penggunaan nama bapa terhadap anak luar nikah, mengundang kritikan beberapa peguam terkemuka

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (10)