Bayi ditekap bantal hingga mati kerana menangis - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Aug 11th, 2017

Bayi ditekap bantal hingga mati kerana menangis

Image may contain: one or more people and people sitting

 

JAKARTA – INDONESIA. Hanya kerana tidurnya diganggu, seorang lelaki menekup muka anak perempuannya yang menangis sehingga maut, kelmarin.

Menurut laporan Tribunnews, Faisal Amir, 27, memukul anaknya dengan botol bedak sebelum menutup muka mangsa dengan bantal.

Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana bekerja sebagai akauntan dan hanya pulang ke rumah seminggu sekali.

“Bising (tangisan) dia. Ketika itu saya mahu tidur, bayi menangis tidak henti. Saya marah, saya pukul kakinya dengan botol bedak, tetapi dia masih menangis,” kata suspek dipetik Malaysian Digest.

Kata Faisal, beliau cuba memberikan bantuan pernafasan ketika menyedari anaknya tidak sedarikan diri.

“Dia sudah tidak bernyawa. Saya pun pasrah. Jujurnya saya salah melakukan perbuatan itu.

“Saya menyesal membunuh bayi saya kerana dia pada masa itu memang bising,” kata Faisal.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Jakarta Utara, Kombes Pol Dwiyono mengesahkan kejadian berkenaan.

Kata beliau, suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut akibat tekanan kerana sudah lama menganggur.

Kes tersebut sedang disiasat dan suspek berhadapan hukuman penjara jika disabitkan kesalahan.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (11)