Rogol liwat 600 kali: Bapa liwat anak 3 kali sehari setiap hari

71

Image may contain: 1 person, standing

 

PUTRAJAYA – Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak atas 182 pertuduhan melakukan serangan seksual termasuk liwat dan rogol anak kandungnya, sejak Januari lalu.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan di hadapan Hakim Mahkamah Jenayah Seksual, Yong Zarida Sazali sebentar tadi.

Berdasarkan pertuduhan, dia yang bekerja sebagai agen unit amanah didakwa melakukan 30 perbuatan seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun.

Lelaki berusia 36 tahun itu yang mempunyai hak pemeliharaan didakwa melakukan penganiayaan seks terhadap mangsa.

Bapa kepada tiga anak perempuan itu turut didakwa merogol mangsa.

Tertuduh juga didakwa dengan 150 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii (liwat) terhadap mangsa tiga kali sehari setiap haribermula Januari sehingga Mac lepas.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik utama rumahnya, di Sungai Way, Petaling Jaya bermula 1 Januari sehingga 20 Julai lalu.

Pada prosiding itu, pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin.

Hakim, Yong Zarida Sazali menangguhkan prosiding sehingga esok bagi membolehkan lebih 400 pertuduhan liwat yang lain dibacakan.

Tiada jaminan dibenarkan ke atas tertuduh.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments