Penagih dadah ditahan ketika temuduga mahu jadi konstabel polis di Sibu - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Aug 10th, 2017

Penagih dadah ditahan ketika temuduga mahu jadi konstabel polis di Sibu

Image may contain: sky, car and outdoor

 

SIBU, 9 OGOS — Seorang penagih dadah ditahan ketika menghadiri temu duga kerja polis untuk pangkat konstabel.

Lelaki berusia 22 tahun itu didapati positif syabu selepas menjalani ujian air kencing dalam saringan antara 101 calon di ibu pejabat polis di sini semalam.

Antara jumlah tersebut, 29 daripadanya disenarai pendek, kata ketua polis daerah Sibu seperti dilapor The Star Online.

“Lelaki itu nampak sesuai untuk jawatan tersebut tetapi ujian air kencing mendapati dirinya positif methamphetamine (syabu),” kata ACP Saiful Hahri Abdullah.

Lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 15 (a) Kanun Keseksaan kerana menyalah guna dadah.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (6)