“Kami tak arah Afifah goda Aliff” – Pihak Produksi

    28

    Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting

     

    PENGARAH drama Izinkan Aku Mencintaimu menidakkan dakwaan Afifah Nasir kononnya dia dipergunakan oleh pihak produksi untuk memujuk dan melayan kerenah Aliff Aziz supaya penggambaran berjalan dengan lancar.

    Pengarah tersebut, Manchi atau nama sebenarnya, Mansor Akob berkata, dia tidak pernah memberikan arahan seperti itu di lokasi sepanjang penggambaran.

    “Kami hanya bercakap kosong dalam kalangan sendiri seperti bersembang di kedai kopi. Ia bukan perancangan produksi pun. Tiada arahan untuk mereka rapat.

    “Soal masalah di set penggambaran itu perkara biasa dan tidak boleh dielak. Namun, kedua-dua pelakon utama memberikan komitmen dan kerjasama baik,”katanya dalam laporan BH Online, hari ini.

    Menyentuh tentang insiden yang berlaku di sebuah pusat karaoke di One Shamelin, Cheras yang melibatkan Aliff, isterinya Bella Astillah dan Afifah 27 Julai lalu, Manchi berkata dia tidak tahu tentang hal itu sehinggalah dimaklumkan oleh pihak produksi.

    “Saya tak tahu mengenai perancangan di pusat karaoke itu,” katanya.

    Semasa sidang akhbar yang diadakan Isnin lalu, Afifah mendakwa insiden di pusat karaoke itu adalah atas urusan kerja.

    Katanya, dia hanya setuju untuk ke pusat karaoke itu atas pujukan pihak produksi daram berkenaan.

    Namun, Aliff menyangkal dakwaan itu serta menyifatkan kenyataan Afifah sebagai mengarut dan tidak logik.

     

     

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments