Netizen terkejut Lisa Surihani seksi berseluar pendek

    95

    Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, shorts, outdoor, water and nature

     

    Nama pelakon Lisa Surihani sebelum ini belum pernah terpalit dengan kontroversi panas, malah sering diangkat peminat tanah air sebagai seorang pelakon yang berkaliber dan bijak.

    Namun, baru-baru ini tular beberapa keping foto Lisa berseluar pendek sehingga menampakkan pahanya dan bolehlah dikatakan agak seksi la jugak.

    Menerusi perkongsian instagram seorang teman rapat Lisa, telah memuat naik beberapa foto percutian mereka di Tanjung Rhu Resort Langkawi bagi menyambut ulang tahun rakannya itu.

    Dalam foto terbabit, Lisa dilihat memakai baju tshirt putih dan dipercayai memakai seluar pendek.  Yusry juga turut ada dalam percutian tersebut.

    Rata-rata netizen nampaknya meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka aktres filem Lagenda Budak Setan ini akan berpakaian seperti itu.

    Maklumlah, peminat terkejut kerana Lisa dianggap sebagai seorang yang sopan dan sentiasa menjaga adab dalam berpakaian.  Jadi bila sesekali Lisa berpakaian begini, peminat jadi terkesima.

    Sementara itu juga Lisa turut memuat naik gambar percutian mereka di sana, namun foto tersebut hanyalah gambar anaknya sulungnya, Yahaira.

    Mungkin Lisa hanya berpakaian begitu ketika mahu mandi laut agaknya?Ada gambar lain memakai baju yang sama, tapi kali ini dia mengenakan seluar panjang berwarna biru.

    Apa pun Lisa mesti ada penjelasannya tersendiri kan.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments