Elizabeth Tan frust bercinta, hampir bunuh diri - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Aug 9th, 2017

Elizabeth Tan frust bercinta, hampir bunuh diri

Image may contain: 1 person, smiling, standing

 

 

Penyanyi tinggi lampai ini yang lebih mesra dipanggil Lizzy telah berjaya menghasilkan single terkininya yang bertajuk Darling itu, cuma mengambil masa selama 30 minit untuk menulis lirik dan melodinya.

Woww… Kalau dah berbakat tu, sekejap je dah dapat idea. Tapi apa yang mencuri tumpuan waktu sidang media di pejabat Warner Music Malaysia di Damansara itu ialah bila Lizzy tak dapat menahan rasa sebaknya.

Kata Lizzy, dia baru saja menempuh saat sukar dalam hidupnya bila dia pernah cuba untuk membunuh diri akibat putus cinta dengan bekas kekasihnya yang merupakan jejaka Melayu.

 Aduhai… Kasihan si cantik ni, sampai macam tu sekali frustnya dia.

“Ia disebabkan masalah peribadi. Bukan sahaja melibatkan bekas teman lelaki malah masalah lain juga. Saya pernah duduk selama 6 jam dengan hanya memikirkan masalah ini dan terfikir untuk ambil jalan pintas, bunuh diri”

Bagaimanapun, tambahnya lagi dia rasa bertuah kerana ramai rakan artis yang lain telah beri sokongan moral padanya.

Ibu Lizzy sendiri mengambil cuti selama dua minggu untuk menjaganya daripada membuat perkara yang tidak diingini lagi.

Biasa kita tengok Lizzy ni happy je. Tapi waktu sidang media kelmarin si cantik ni tak dapat tahan rasa sebaknya dan terus berkongsi perihal peribadinya.

“Saya jarang menunjukkan emosi saya kerana saya merupakan seorang yang happy go lucky. Walau bagaimanapun, saya belajar dari kesilapan.

“Dan saya rasa saya perlu berkongsi pengalaman pahit ini kepada mereka di luar sana agar tidak melakukan perkara sama seperti saya. Mujurlah saya jenis yang positif dan terus memandang ke depan”

Sekarang pun kita banyak tengok Lizzy berlakon daripada menyanyi. Katanya lagi dia lebih seronok berlakon berbanding menyanyi dan dia juga mungkin akan berehat daripada dunia nyanyian buat sementara waktu.

Single terbaharunya ni juga merupakan lagu runut bagi drama Mr Darling Inspektor Daniel. Lizzy sendiri turut membintangi drama ini bersama pelakon lain yang hebat seperti Aaron Aziz, Erra Fazira, Siti Elizad dan ramai lagi.

Semoga rezekinya akan bertambah lagi dengan penglibatannya dalam dunia lakonan ni. –MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (26)