Ditetak isteri selepas minta izin kahwin lagi

32

Image may contain: one or more people, beard and close-up

 

KUALA KRAI – Seorang lelaki berusia 55 tahun parah ditetak menggunakan pisau pemotong sayur oleh isterinya dipercayai gara-gara menyuarakan hasrat hati untuk berkahwin lagi.

Susulan serangan itu, lelaki berkenaan menerima 15 jahitan selepas ditetak dalam kejadian di Kampung Manek Urai Lama, Khamis lalu.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, dahi dan lengan kanan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Manek Urai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Katanya, mangsa ditetak oleh isterinya yang berusia 56 tahun selepas menyuarakan hasrat mahu berkahwin buat kali kedua.

Bagaimanapun, mangsa tidak membuat laporan polis dan berbaik semula dengan isterinya. -AWANI

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments