Rafizi ‘bengang’ PAS puas hati isu 1MDB - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Aug 8th, 2017

Rafizi ‘bengang’ PAS puas hati isu 1MDB

Image may contain: 2 people, people smiling, close-up

 

MUNGKIN kerana bimbang isu jadi ‘basi’, Rafizi Ramli meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan rasmi kepimpinan PAS Pusat semalam berpuas hati dengan pelan rasionasasi dilakukan 1MDB.

Portal AgendaDaily melaporkan, Naib Presiden PKR yang terkenal sering memburuk-burukkan imej 1MDB itu sebaliknya berkata, beliau tidak percaya penjelasan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Saya baca beberapa kali laporan mengenai taklimat 1MDB oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda kepada PAS. Saya juga menonton rakaman sidang media itu untuk memastikan saya tidak tersalah dengar,” kata Rafizi.

Namun dalam satu kenyataan pada Selasa, seperti biasa, Rafizi yang selalu berlagak serba tahu dalam isu 1MDB, cuba memperlecehkan kenyataan pemimpin PAS bahawa konon mereka berpuas hati dengan perkara tersebut.

“Saya tidak pasti sama ada pimpinan PAS yang hadir dalam taklimat itu faham apa makna proses rasionalisasi 1MDB yang dihukumkan mereka sebagai “memuaskan” itu,” tulis Rafizi seolah-olah menyindir tahap IQ mereka.

Ahli Parlimen Pandan yang kini berdepan pelbagai saman fitnah itu terus melemparkan tohmahan dengan dakwa rasionalisasi 1MDB adalah “tindakan rompak wang rakyat, kemudian jual harta rakyat untuk tutup lubang hutang.”

Menurut Rafizi, beliau kecewa dengan kenyataan Tuan Ibrahim dan pendirian kepimpinan PAS itu kerana bimbang konon ia akan dijadikan modal oleh UMNO/BN untuk menghalalkan tindakan memindahkan hutang kepada rakyat.

“Sewajarnya, apabila pengurusan 1MDB menawarkan untuk memberi taklimat, Tuan Ibrahim mengambil peluang itu untuk membawa Arul Kanda tampil berhadapan dengan anggota-anggota Parlimen terutama pembangkang.

“Ini kerana selama ini beliau elak daripada hadir menjawab soalan anggota parlimen,” dalih Rafizi sambil ‘menasihatkan’ PAS supaya berhati-hati dan tidak terperangkap dengan permainan propaganda UMNO dan BN.

Petang Isnin, 30 orang kepimpinan utama PAS yang diketuai Tuan Ibrahim serta bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pengurusan 1MDB termasuk Presiden, Azrul @ Arul Kanda.

Turut hadir dalam pertemuan julung kali serta berlansung selama tiga jam setengah itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Ahmad; Naib Presidennya, Idris Ahmad dan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hasan.

Bercakap dalam sidang akhbar di sebuah hotel di Ampang, Selangor, Tuan Ibrahim berkata mereka berpuas hati dengan pelbagai penjelasan oleh Arul Kanda khususnya mengenai pelansanaan pelan rasionalisasi 1MDB.

Beliau malah berharap 1MDB diberi peluang menyelesaikan segala hutangnya kerana lelewatan akan menyebabkan faedah atas pinjaman bertambah. Menurutnya pertemuan itu berlangsung dalam suasana baik, mesra dan terbuka.

Arul Kanda, juga membentangkan kepada mereka beberapa dokumen berkaitan 1MDB. PAS ujar Tuan Ibrahim berharap Kementerian Kewangan memberi laporan kepada kepada setiap ahli Parlimen segala perkembangan berkaitan 1MDB. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (11)