Biadab! Ramai muslim murtad bangga sertai Kelab Ateis KL - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Sat, Aug 5th, 2017

Biadab! Ramai muslim murtad bangga sertai Kelab Ateis KL

Image may contain: 22 people, people smiling, indoor

 

KUALA LUMPUR – Selepas netizen tempatan gempar dengan program iftar gay di ibu negara pada Ramadan lalu, kali ini pengguna media sosial dikejutkan pula dengan himpunan ateis Malaysia.

Program tahunan kelab tersebut yang dikenali sebagai The Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur atau dalam bahasa Melayunya ‘Kedutaan Republik Ateis di Kuala Lumpur’ didakwa diadakan secara tertutup baru-baru ini.

Perkara itu turut disiarkan laman Facebook rasmi Atheist Republic yang mendakwa merupakan sebuah badan tanpa keuntungan berpangkalan di Kanada dan diasaskan oleh Armin Navabi, seorang lelaki kelahiran Tehran, Iran.

Sebuah portal tempatan, menara.my yang banyak menyiarkan artikel berkaitan isu-isu Islam di seluruh dunia melaporkan, antara peserta perjumpaan itu adalah terdiri daripada remaja Melayu berdasarkan wajah mereka.

Kisah mereka tular apabila kumpulan ini memuat naik berhubung aktiviti perhimpunan itu pada pukul 2.30 pagi 3 Ogos lalu dengan keterangan gambar yang menceritakan kejayaan program tersebut konon sebagai satu letupan!

Keanggotaan pertubuhan rahsia ini bagaimanapun tidak terbatas kepada mana-mana bangsa atau latar belakang diri, malah hanya mengenakan satu syarat seragam iaitu mereka perlu yakin bahawa Tuhan tidak wujud di alam ini!

Paling menyedihkan ramai netizen tempatan apabila majoriti ahli kumpulan ini pula terdiri dari kalangan orang Melayu murtad yang dengan bangga menggelarkan diri mereka sebagai ‘bekas Muslim’ atau pun ‘ex-Muslim’.

Status gambar tersebut menerima lebih 500 tanda sokongan selain hampir 100 perkongsian selain puluhan komen netizen yang kutuk keras kumpulan berkenaan sebagai biadab dan sudah rosak pegangan agama mereka sendiri.

Maklumat berhubung lokasi dan waktu perjumpaan itu tidak disiarkan mungkin kerana faktor keselamatan tetapi ia bakal dikongsi bersama dalam satu kumpulan tertutup khas menerusi akaun Facebook yang ditetapkan kemudian.

Menurut menara.my, organisasi ini telah diasaskan Armin yang sejak kecil lagi, pendedahan kepada amalan agama adalah cukup minimum kerana beliau secara kebetulan memang dilahirkan dalam sebuah keluarga Muslim liberal.

Kedua-dua ibu bapanya bahkan tidak mengamalkan ajaran Islam di dalam ibadah mahupun kehidupan harian serta langsung tidak pernah menunaikan solat. Armin kemudian aktif menerbitkan karya penulisan berbaur antituhan.

Ia berlaku setelah beberapa ketika akibat gagal dalam percubaan bunuh diri ketika berusia 12 tahun. Armin semakin angkuh percaya bahawa Tuhan itu tidak wujud. Bermula pada 2011, dia telah mewujudkan satu laman Facebook.

Uniknya, ia diwujudkan untuk ateis di seluruh dunia. Sekarang gerakan ini berjaya menjejak mereka yang tolak kewujudan Tuhan dan memiliki lebih 1.6 juta pengikut tegar aktif di Facebook. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (14)