RM1.13b untuk Neymar tak mahal – Mourinho

34

Image may contain: 1 person, smiling, playing a sport

 

DUBLIN: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata hari ini dia tidak percaya rekod perpindahan dunia 222 juta euro (RM1.13 bilion) yang sanggup dibayar Paris St Germain untuk Neymar adalah mahal.

Namun bos Reds itu yang bercakap selepas pasukannya menewaskan Sampdoria 2-1 di Dublin pada perlawanan pra musim bimbang jumlah yang besar itu akan memberi kesan terhadap perpindahan pada masa depan.

Mourinho menghabiskan 105.2 juta euro (RM534.51 juta) musim panas lalu untuk menandatangani semula bekas pemain tengah mereka Paul Pogba dari Juventus, namun pasukan dari Perancis itu berazam menggandakan rekod itu bagi memujuk pemain Brazil itu dari Barcelona.

Neymar

“Ketika kami mendapatkan Paul Pogba, saya berkata dia tidak mahal,” kata Mourinho.

“Mahal ialah apabila seseorang ke tahap tertentu tanpa kualiti tertentu. Saya tidak rasa 200 juta pound sterling (RM1.13 bilion) buat Neymar ialah mahal.

“Mahal ialah akan ada kini lebih ramai pemain berharga 100 pound sterling juta (RM566 juta), lebih ramai pemain 50 juta pound sterling (RM283 juta), lebih ramai pemain pada 60 juta pound sterling (RM340 juta) – itu masalah.

“Neymar ialah seorang daripada pemain terbaik dunia, jadi secara komersil ia kuat tetapi masalahnya bukan Neymar – masalahnya ialah kesan selepas itu.” – AFP

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments