SPR perjelas video umum tarikh PRU14 - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Aug 2nd, 2017

SPR perjelas video umum tarikh PRU14

No automatic alt text available.

 

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan pada Oktober ini, selepas tersebarnya satu klip video yang menunjukkan pegawai-pegawainya sedang menjalankan latihan simulasi bocor.

Dalam video 39 saat itu, seorang lelaki dilihat membuat pengumuman dalam sebuah bilik, menyatakan bahawa pilihan raya akan diadakan pada 13 Oktober tahun ini.

Berdasarkan rakaman yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp itu, garis kuning SPR telah digunakan mengawal mereka yang berada di dalam bilik tersebut.

SPR dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya telah mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak Selasa.

“Faktanya, video yang tular itu adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR.

“SPR juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan  reputasi SPR.

“Pengurusan tertinggi SPR sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka,” menurut kenyataan tersebut.

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (7)