Maradona akui gol 'Tangan Tuhan' sepatutnya tak sah - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Jul 27th, 2017

Maradona akui gol ‘Tangan Tuhan’ sepatutnya tak sah

Image may contain: 1 person, playing a sport, stadium, crowd and outdoor

 

Paris: Pemain legenda Argentina, Diego Maradona menerima hakikat gol terkenalnya ‘Tangan Tuhan’ sepatutnya tidak disahkan jika menggunakan teknologi video, ketika beliau menyokong penggunaan video pembantu pengadil (VAR).

Maradona menggunakan tangannya ketika Argentina menang 2-1 pada suku akhir menentang England pada kempen kejuaraan Piala Dunia 1986 dan turut mengakui satu lagi insiden memegang bola yang penting pada kejohanan 1990.

“Saya memikirkan mengenainya bila mana saya memberikan sokongan terhadap penggunaan teknologi,” katanya.

 “Saya fikirkan mengenainya dan pasti gol itu tidak mungkin dibenarkan jika teknologi ada ketika itu.

“Saya juga beri tahu anda satu perkara: pada Piala Dunia 1990 saya menggunakan tangan saya untuk menolak bola dari garisan gol menentang Soviet Union.

“Kami bernasib baik kerana pengadil tidak melihatnya. Anda tidak boleh menggunakan teknologi ketika itu, namun kini ia sesuatu yang berbeza.”

Teknologi garisan gol kini meluas digunakan di seluruh dunia manakala VAR digunakan buat julung kali pada peringkat senior antarabangsa ketika Piala Konfederasi di Russia bulan lalu.

Sistem itu berjaya dari beberapa segi dengan kebanyakannya mengenal pasti kesilapan namun pengkritik mendakwa ia mengambil masa lama dan membingungkan penyokong.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (16)