Presiden FAM beri penjelasan kenapa Dollah Salleh digantung - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Sat, Jul 22nd, 2017

Presiden FAM beri penjelasan kenapa Dollah Salleh digantung

Image may contain: 1 person

 

Hari ini kita dikejutkan dengan berita jurulatih Pahang iaitu Dollah Salleh digantung FAM kerana mengecam tindakan pengadil.

Ianya berlaku ketika perlawanan Liga Super melibatkan FELDA United menentang Pahang di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Ketika itu, Dollah menyatakan yang perlawanan itu seolah telah diatur untuk tidak membenarkan Pahang memenanginya kepada media.

Hasil dari tindakan itu, Dollah telah digantung dari sebarang aktiviti bola sepak anjuran FAM selama 18 bulan dan juga didenda RM30 ribu.

Tindakan FAM itu menimbulkan pelbagai reaksi, namun Presiden FAM pantas memberikan respon mengenai hukuman tersebut.

Dalam sebuah sidang media yang diadakan, Presiden FAM ditanya mengapa Dollah dihukum FAM kerana mengecam pengadil sedangkan ada saja jurulatih lain yang berbuat demikian?

Dan ini adalah respon Presiden FAM:

“Tiada masalah untuk mengutuk pengadil tetapi cukuplah mengutuk prestasi pengadil sahaja.

“Bukannya dengan secara terus mengatakan FAM mengatur perlawanan. Kalau FAM mengatur perlawanan, sudah lama JDT menang Piala Sumbangsih dan juga Piala FA.”

Pergantungan Dollah bakal bermula pada 21 Julai 2017 hingga 20 April 2018 untuk fasa pertama dan 21 April 2018 hingga 20 Januari 2019 untuk fasa kedua.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (11)