Peneroka Felda setia sokong Umno - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Jul 19th, 2017

Peneroka Felda setia sokong Umno

Image may contain: 1 person, glasses, suit and close-up

KUALA LUMPUR: Hasrat Pakatan Harapan untuk bertapak di Felda dengan memenangi kerusi di kawasan itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah angan-angan berikutan peneroka mempunyai keyakinan yang begitu tinggi terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, peneroka Felda menyedari kerajaan BN yang ditunjangi Umno adalah parti pemerintah terbaik untuk mengurus negara serta amat berjasa, khususnya membantu orang Melayu dan secara konsisten pula memberi bantuan kewangan dan subsidi, bonus tahunan, menjaga kebajikan serta pelbagai bantuan lain kepada masyarakat peneroka Felda.

“Dengan keyakinan pengundi Felda kepada pemerintah ini, maka hasrat Pakatan Harapan untuk bertapak di Felda adalah angan-angan semata-mata. Ini kerana warga Felda menyedari memberi sokongan kepada Pakatan Harapan boleh menjejaskan masa depan mereka,” katanya dalam catatan terkini blognya sskeruak.blogspot.com mengenai Felda pada PRU14.

Salleh yang juga bendahari Umno berkata, Felda sangat disayangi orang Melayu kerana kejayaannya memajukan orang Melayu dan mengubah taraf hidup golongan Melayu miskin di luar bandar.

“Justeru, sayangnya Melayu kepada Felda, maka Felda selalu disinonimkan dengan deposit tetap parti pemerintah.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (16)