Jamal mahu tanding Ketua Pemuda Umno - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Jul 17th, 2017

Jamal mahu tanding Ketua Pemuda Umno

Image may contain: 1 person

 

SABAK BERNAM: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos meluahkan hasrat untuk bertanding Ketua Pemuda Umno bagi menggantikan Khairy Jamaluddin jika jawatan itu kosong selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Jamal berkata, jika tiada tempat di Umno Sungai Besar, beliau sendiri menawarkan diri untuk merebut jawatan utama sayap itu pada pemilihan parti akan datang.

“Kalau YB (Yang Berhormat) Budiman (Mohd Zohdi) bertanding di Parlimen Sungai Besar, Datuk Imran (Tamrin) di Dun Sungai Panjang dan cikgu Samad (Wahab) Dun Sekinchan, jadi di mana Ketua Umno Bahagian Sungai Besar nak bertanding?.

“Kalau dah tak ada tempat di Sungai Besar, ketua bahagian nak bertanding Ketua Pemuda Umno Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Sungai Besar di Dewan Umno Sungai Besar, tengah hari Ahad.

Jamal kemudiannya bertanya kepada perwakilan yang hadir, adakah mereka bersedia untuk menyokongnya jika beliau menawarkan diri untuk jawatan tersebut.

“Adakah semua boleh sokong saya? Jauh lagi…kita kena tunggu lepas pilihan raya ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai hasratnya itu pada sidang media selepas perasmian mesyuarat pemuda bahagian itu, Jamal bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Ditanya adakah beliau cukup syarat kelayakan untuk bertanding mengetuai sayap pemuda, Jamal yakin dengan hasrat berkenaan.

“Tiada komen, lebih kurang begitulah,” katanya. – Sinar Online

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (8)