McD Singapura jual Burger Nasi Lemak, rakyat Malaysia pun nak juga! - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Jul 13th, 2017

McD Singapura jual Burger Nasi Lemak, rakyat Malaysia pun nak juga!

Image may contain: food

 

BERSEMPENA dengan Festival Makanan Singapura 2017 dan sambutan Hari Kebangsaan Singapura yang bakal disambut pada 9 Ogos ini, McDonald’s Singapura melancarkan menu istimewa, Burger Nasi Lemak.

Mula dijual bermula hari ini (13 Julai), Burger Nasi Lemak turut dijual bersama menu-menu istimewa yang lain.

Menu Burger Nasi Lemak ini diperbuat daripada bahan-bahan seperti isi ayam berperisa kelapa, dilapisi dengan telur goreng, bawang, hirisan timun, sos sambal dan roti semolina.

Selain burger istimewa tersebut, McDonald’s Singapura turut memperkenalkan beberapa pencuci mulut baharu termasuk ais krim Chendol McFlurry, pie kelapa, kek “Kueh Salat” dan kek pandan dengan lapisan pulut.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter, rakyat Malaysia turut teruja dengan pelancaran menu istimewa tersebut.

Ada yang mahukan menu Burger Nasi Lemak dijual di Malaysia dan ada juga rakyat Malaysia yang sanggup ke Singapura untuk merasa sendiri kelazatan Burger Nasi Lemak.

 

 

 

Namun begitu, pertembungan rasa antara burger dan nasi lemak yang disatukan dalam satu menu turut membuat netizen mempertikaikan kelazatan Burger Nasi Lemak.

 

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (11)