Gangguan talian U Mobile empat hari - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Jul 13th, 2017

Gangguan talian U Mobile empat hari

No automatic alt text available.

 

KUALA LUMPUR – Sebilangan pengguna talian U Mobile akan mengalami gangguan perkhidmatan dari pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi pada 18 Julai, 3, 8 dan 9 Ogos ini.

U Mobile dalam satu kenyataan media berkata, gangguan perkhidmatan itu disebabkan oleh kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan sistem secara berkala.

“Perkhidmatan akan pulih sepenuhnya pada 10 Ogos 2017. U Mobile memohon maaf atas sebarang masalah yang dialami.

“U Mobile komited dalam memastikan usaha menaik taraf dan menyelenggara sistem selesai dengan gangguan minimum kepada pelanggan,” kata kenyataan itu hari ini.

Gangguan perkhidmatan itu dijadualkan seperti berikut:

18 Julai 2017 (12 tengah malam hingga 6 pagi)

3 Ogos 2017 (12 tengah malam hingga 6 pagi)

8 Ogos 2017 (12 tengah malam hingga hingga 6.30 pagi)

9 Ogos 2017 (12 tengah malam hingga pukul 6.30 pagi)

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan U Mobile 018-388 1318.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (8)