Fattah Amin tak layak, masih ‘kayu’ – Netizen

    34
    Image may contain: 1 person, standing and outdoor

     

    BIARPUN drama lakonan Fattah Amin sudah pun tamat namun pelakon berusia 27 tahun ini tetap menjadi bualan utama di media sosial.

    Terbaru, Fattah Amin kembali hangat di laman sosial apabila desas-desus mengenai pemilihannya sebagai hero untuk drama Korea popular, Coffee Prince versi Malaysia diumumkannya pada Rabu.

    Pengumuman pelakon tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dan kebanyakkan peminat tegar drama Korea tidak berpuas hati dengan pemilihan Fattah.

    Malah laman sosial Twitter dipenuhi komen netizen dengan memuatnaik foto-foto lucu sebagai troll’ untuk drama versi Malaysia itu.

    Salah satu tweet netizen yang tidak berpuas hati dengan pemilihan Fattah Amin.

    Rata-rata mereka berpendapat Fattah tidak layak membawakan watak Choi Han Kyul kerana lakonannya tidak sehebat Gong Yoo. Malah, ada yang mengatakan lakonan Fattah masih lagi ‘kayu’ dan tidak sesuai untuk drama tersebut.

    Dalam pada itu, mereka juga turut memberikan pendapat kepada pengarah Michael Ang untuk mencari pelakon lain yang lebih layak dan sesuai untuk memegang watak tersebut.

    Manakala, watak heroin iaitu Yoo Eun Hye yang dibintangi oleh Go Eun Chan dalam drama tersebut diberikan kepada pelakon Janna Nick.

    Janna berusaha belajar muay thai demi watak dalam drama tersebut. Foto Instagram @jannanick.

    Menerusi laman Instagram Janna dikatakan sanggup belajar seni mempertahankan diri Muay Thai demi menjayakan watak tersebut biarpun dia hampir-hampir berputus asa.

    “Hampir berputus asa. #coffeeprince in the making,” katanya.Namun, ada juga yang meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat gandingan baru Fattah dan Janna yang dikatakan lebih segar.

    Sama ada gandingan ini akan menjadi fenomena atau tidak, sama-samalah kita nantikan.

     

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments