Anak tikam ibu sendiri lepas larang basuh tikar getah - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Jul 13th, 2017

Anak tikam ibu sendiri lepas larang basuh tikar getah

No automatic alt text available.

 

JENGKA – Wanita warga emas cedera ditikam anaknya hanya kerana tidak berpuas hati dilarang membasuh tikar getah di dalam rumah di FELDA Jengka 10, Maran, semalam.

Dalam kejadian 6.45 petang itu, mangsa yang berusia 64 tahun cedera di rusuk dan paha kiri serta belakang badan dan dibawa ke Hospital Jengka untuk menerima rawatan.

Ketua Polis daerah Deputi Superintendan Mazlan Hassan berkata, sebelum kejadian suspek yang berusia 40 tahun itu membawa sebaldi air sungai ke dalam rumah dan memaklumkan untuk mencuci tikar getah.

“Mangsa melarang suspek yang juga seorang penganggur berbuat demikian kerana hari sudah gelap sebelum mangsa masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

“Sebaik keluar dari bilik air, suspek terus bertindak menikam mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan menjerit meminta tolong,” katanya ketika dihubungi.

Katanya jeritan mangsa itu didengari jiran dan bertindak menolak suspek yang kelihatan agresif sebelum membawa mangsa ke hospital untuk menerima rawatan.

Suspek yang dipercayai di bawah pengaruh dadah kemudiannya melarikan diri namun ditahan di tepi jalan utama oleh anggota polis dengan bantuan orang awam kira-kira setengah jam kemudian.

“Hasil pemeriksaan pada badan suspek menjumpai pisau yang digunakan dalam kejadian itu.

“Berdasarkan siasatan kita, suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati kerana dilarang membasuh tikar getah itu oleh mangsa,” katanya.

Suspek didapati positif dadah jenis methaphetamine dan hasil semakan polis mendapati mangsa mempunyai tujuh kesalahan lampau yang kebanyakkan membabitkan kesalahan dadah.

Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (17)