Proton bakal keluarkan SUV usaha sama geely - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Jun 22nd, 2017

Proton bakal keluarkan SUV usaha sama geely

Image may contain: car

 

KUALA LUMPUR – Hak pengeluaran kenderaan utiliti sukan (SUV) merupakan prospek paling menarik untuk Proton Holdings Bhd. bergerak ke hadapan, hasil jalinan usaha sama dengan rakan strategik asingnya yang baharu, kata seorang penganalisis kereta hari ini.

Perjanjian dengan Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely) China akan membolehkan Proton memperoleh keputusan segera dalam menyegarkan semula modelnya dengan menambah segmen model yang belum dikeluarkannya, kata Hezeri Samsuri.

SUV mengejutkan pasaran kereta antarabangsa, dan kini merupakan segmen pasaran terbesar di dunia.

DRB-Hicom Bhd., yang memiliki sepenuhnya Proton, dan Geely, dijangka menandatangani Perjanjian Muktamad esok, dengan Geely akan memperoleh 49.9 peratus kepentingan dalam syarikat pengeluar kereta negara.

Susulan itu, Proton akan diberi akses kepada SUV Boyle Geely yang paling laris, dan dijangka melancarkan SUV pertamanya seawal separuh kedua 2018.

Proton akan mengeluar, menjual, memasarkan dan mengedar SUV Boyue di bawah jenama Proton dalam pasaran Asia Tenggara.

“Proton perlu menguasai semula bahagian pasarannya yang hilang, dan ini bukanlah tugas yang mudah memandangkan persaingan sengit daripada jenama asing.

“Dan, bagi mengeluarkan SUV sendiri akan menjadi dorongan kepada Proton untuk memasuki segmen baharu,” kata Hezeri.

Beliau berkata pengguna Malaysia mahukan SUV seperti yang dapat dilihat daripada jumlah jualan SUV yang kukuh dan tinggi tahun ini walaupun jumlah jualan kenderaan penumpang merosot.

Boyue, yang dilancarkan pada Mac tahun lepas, dibangunkan oleh bekas pereka Volvo, Peter Horbury, yang kini mengetuai studio reka bentuk Geely yang terletak di Gothenburg, Shanghai, Barcelona dan Los Angeles.

Geely mempunyai 300 pereka dari pelbagai latar belakang, sekali gus mencerminkan kesungguhannya dalam meraih bahagian pasaran global.

Hezeri berkata dengan memanfaatkan model terlaris, akan mempercepat pertumbuhan Proton, selain mengurangkan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang besar serta menyediakan Proton kualiti Boyce yang sudah terkenal di dunia.

“Sebagai sebuah syarikat kereta yang diwujudkan di ASEAN, Proton juga mengetahui keperluan dan kehendak pasaran tempatan. Proton akan memasukkan lebih banyak ciri untuk menjadikan Boyue lebih menarik dan relevan dengan ASEAN,” katanya.

Hezeri berkata beliau menjangkakan 2018 akan menjadi tahun yang sibuk di kilang Proton di Tanjung Malim dengan penyediaannya bagi menghasilkan SUV.

“Dan yang paling penting, perkongsian ini dengan Geely akan memberi Proton ekonomi yang menguntungankan dari segi kos, yang sudah lama tertangguh.

“Sebelum ini, ketika mengeluarkan model Iriz, kos R&D sahaja sebanyak RM600 juta, dan untuk mendapatkan semula jumlah ini, lebih daripada 400,000 kereta Iriz perlu dijual, satu prestasi yang mustahil jika kita hanya memasarkan di pasaran tempatan,” katanya.

Di samping itu, bersama Geely, Proton tidak lama lagi dapat memanfaat rangkaian luas rakan kongsinya di pasaran China manakala Geely pula akan menggunakan Malaysia sebagai platform untuk memasuki pasaran Asia Tenggara yang mempunyai 600 juta penduduk. – BERNAMA

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (9)