Tidak maklum polis, kementerian panggil doktor rawat Zulfarhan - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Jun 19th, 2017

Tidak maklum polis, kementerian panggil doktor rawat Zulfarhan

Image may contain: one or more people

 

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan akan memanggil doktor yang merawat penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia akibat didera baru-baru ini kerana tidak melaporkan kes tersebut kepada polis.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, doktor terbabit sepatutnya tahu membezakan kesan kecederaan akibat didera atau sebaliknya, termasuk segera melaporkan kepada polis jika keadaan kecederaan pesakit mencurigakan.

“Menjadi amalan biasa doktor perlu melaporkan (kepada polis) jika sangsi wujud isu berkaitan jenayah.”

“Memang doktor tiada hak kerana ia babitkan kes jenayah, namun seseorang doktor perlu tahu mereka perlu lapor,” kata Subramaniam dipetik BH Online.

Pada 14 Jun lalu, 5 kadet UPNM didakwa di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur atas kesalahan membunuh Zulfarhan. Seorang lagi kadet didakwa bersubahat dalam jenayah kejam di mana Zulfarhan diseksa kerana didakwa mencuri sebuah komputer riba.

Siasatan awal polis mendapati individu terbabit memaklumkan kepada doktor bahawa kecederaan dialami Zulfarhan disebabkan latihan ketenteraan dijalani mereka di UPNM.

Doktor terbabit juga mendakwa sudah mengeluarkan surat rujukan supaya mangsa mendapatkan rawatan di hospital kerajaan tetapi mangsa dan rakannya menolak dengan alasan wujud masalah dengan pihak universiti.

Mangsa dibawa ke sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor pada 27 Mei dan sekali lagi pada 31 Mei untuk rawatan susulan sebelum dimasukkan ke Hospital Serdang dengan kesan lecur hampir 80 peratus pada tubuhnya, namun meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Mengenai kemungkinan tindakan yang boleh dikenakan terhadap doktor terbabit, Dr Subramaniam berkata, hanya polis boleh mengambil tindakan jika wujud keperluan untuk berbuat demikian.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (17)