Tak sangka video viral dihanyut banjir rupanya anak sendiri - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Jun 19th, 2017

Tak sangka video viral dihanyut banjir rupanya anak sendiri

Image may contain: 2 people, people smiling

 

HULU LANGAT 18 Jun – Seorang bapa tidak menyangka video tular seorang lelaki hanyut bersama motosikal di sini semalam merupakan anak ketiganya yang juga orang kurang upaya (OKU).

Alias Sagi, 51, berkata dia hanya menyedari lelaki itu adalah anaknya, Taufik, 23, apabila seorang lagi anaknya menunjukkan topi keledar dipakai dalam video tersebut menyerupai miliknya pada pukul 1 pagi ini.

“Saya tahu mengenai video berkenaan sebaik sahaja ia tular, namun saya tidak mengesyaki bahawa itu adalah Taufik.

“Namun setelah dia tidak pulang sehingga pukul 12 malam, hati saya sudah tidak keruan dan apabila abang (anak) mengatakan itu adalah Taufik, saya terus bergegas membuat laporan polis,” katanya sebak ketika ditemui di kediamannya di Kampung Dusun Nanding, di sini hari ini.

Menurut Alias, Taufik yang mengalami gangguan mental selepas kemalangan beberapa tahun lalu keluar rumah kira-kira pukul 10 pagi semalam untuk ke kebun mereka di Sungai Lui, dekat sini.

“Saya menemui lelaki yang cuba menyelamatkannya yang dikenali sebagai Wan dan dia beri*tahu Taufik mahu melepaskan motosikal Honda Wave milik abangnya namun dia seperti tersangkut.

“Kami sekeluarga berharap dia dapat ditemui dalam keadaan apa sekalipun, kami reda,” ujarnya.

Semalam, rakaman video seorang lelaki cuba menyelamatkan motosikalnya yang terjatuh ke dalam sungai selepas hujan lebat di kawasan Batu 14, Hulu Langat, turut hanyut dibawa arus deras tular di media sosial.

Sementara itu, Komander Operasi, Penguasa Bomba Mohd. Shafiq Ramli berkata, pihaknya kini melanjutkan kawasan pencarian sehingga Bangi.

“Pencarian dijalankan di sepanjang Sungai Hulu Langat, Sungai Tekali, Sungai Semungkis sehingga ke Jalan Kuari yang lebih kurang 10 kilometer.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa turut dibantu oleh Pasukan Khas dari Shah Alam, Pelabuhan Klang, Unit K9 dan penyelam,” katanya

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (5)