Mi dan buah-buahan import dikenakan GST selepas raya

24

Image may contain: food

PETALING JAYA: Beberapa barang makanan yang selama ini dikecualikan daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) bakal naik harga, susulan keputusan kerajaan menamatkan pengecualian cukai 6% itu, menurut laporan China Press.

Mulai 1 Julai, lebih daripada 60 barang makanan akan dikenakan GST, termasuk beberapa jenis makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy ketika dihubungi berkata kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan petang ini.

Antara makanan yang terkesan ialah belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, buah pic, ceri dan beri.

Barang makanan lain yang akan dikenakan GST 6% termasuk bihun, kuey teow, laksa mi dan minyak kelapa.

Di bawah kategori sayur-sayuran, kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis akan mula dikenakan GST.

Kerajaan memperkenalkan GST 6% ke atas barangan dan perkhidmatan pada April 2015.

Ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober 2014, Datuk Seri Najib Razak membutirkan beberapa barang makanan yang dikecualikan GST.

Antaranya ialah semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport, roti putih dan roti wholemeal, serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk koko, dan mMi kuning, kue tiau, laksa dan bihun.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments