Gendong mayat naik basikal - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Sat, Jun 17th, 2017

Gendong mayat naik basikal

No automatic alt text available.

 

New Delhi: Seorang lelaki di Uttar Pradesh terpaksa menggendong mayat anak saudaranya menaiki basikal selepas gagal mendapat ambulans untuk membawa pulang kanak-kanak perempuan yang mati selepas cirit-birit teruk baru-baru ini dalam satu lagi kes kecuaian seumpamanya di India.

Pihak berkuasa hospital dilaporkan mengarahkan lelaki terbabit membayar kos petrol untuk ambulans bagi membawa pulang mayat Poonam yang meninggal dunia Isnin lalu.

Disebabkan keluarganya sangat miskin, lelaki terbabit, Brij Mohan memutuskan menggendong mayat Poonam di atas bahunya sambil mengayuh basikal sejauh 10 kilometer pulang ke kampung mereka.

Ayah Poonam, Anant Kumar berkata, mereka terlalu miskin malah menghadapi kesukaran membayar kos perubatan anaknya itu yang dirawat di hospital berkenaan sejak Sabtu lalu.

“Saya bekerja sebagai buruh dan tiada wang. Disebabkan itu saya terpaksa meninggalkan Poonam dalam jagaan Brij Mohan untuk mencari kerja bagi mendapat wang untuk merawatnya.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (19)