iPhone 7s Plus kalis air, pengecas tanpa wayar - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Jun 16th, 2017

iPhone 7s Plus kalis air, pengecas tanpa wayar

No automatic alt text available.

 

SYARIKAT teknologi terkemuka, Apple Inc. dilapor bakal mengeluarkan model terbaharu iPhone iaitu iPhone 7s Plus dalam tempoh beberapa bulan lagi dengan ciri yang lebih mengagumkan.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh rakan perniagaan Apple, Winstron menerusi Ketua Eksekutifnya, Robert Hwang yang memaklumkan bahawa iPhone 7s Plus akan dilengkapi ciri pengecas tanpa wayar dan kalis air.

Model terbaharu itu dijangka dikeluarkan pada bulan September selepas Hwang mengeluarkan kenyataan yang dianggap melanggar protokol rahsia syarikat tentang telefon pintar itu.

“Proses pemasangan generasi iPhone sebelum ini tidak banyak berubah melainkan ciri baharu seperti kalis air dan pengecas tanpa wayar yang akan diuji,” kata beliau seperti dilaporkan portal Nikkei.

Pengecas tanpa wayar itu dipercayai memerlukan telefon pintar diletakkan pada tapak pengecas.

Apple dijangka mengeluarkan tiga model baharu iPhone pada September ini termasuk iPhone 8 yang memiliki reka bentuk paparan skrin melengkung, sama seperti model Samsung.

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (4)