Tragedi pesawat TUDM Hawk : Kedua-dua juruterbang maut

22

Image may contain: 2 people, aeroplane

KUANTAN: Dua juruterbang pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang jam 11.30 pagi tadi disahkan meninggal dunia. Mereka ditemui kira-kira jam 2.30 petang tadi di kawasan berhampiran Kampung Chukai, dekat Kemaman, Terengganu.

Perkara itu disahkan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang pada sidang media khas di Pangkalan TUDM Kuantan, di sini, sebentar tadi. Beliau berkata, mayat mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing.

“Kita percaya mereka sempat menarik kerusi anjal ketika pesawat itu mula hilang kawalan.

“Mereka adalah juruterbang berpengalaman dan ini adalah kehilangan besar kepada kami.

“Juruterbang yang meninggal dunia ialah Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof,” katanya.

Mejar Mohd Hasri dari Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan manakala Mejar Yazmi Mohamed Yusof dari Kuala Lumpur.

 

Image may contain: 2 people

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments