Padah perkecil ganja Vietnam, pelancong ini rebah saat pertama kali cuba

38

Image may contain: 2 people, people sitting and food

 

Sebuah video yang memaparkan aksi seorang pelancong wanita yang rebah sebaik mencuba menghisap ‘ganja’ Vietnam telah jadi tular di internet.

Di dalam rakaman tersebut,  seorang wanita dilihat mencuba menghisap sejenis paip Vietnam yang dikenali sebagai Thuốc Lao ini sebelum rebah daripada tempat duduk beliau.

Kesan paip Thuốc Lao yang mengandungi sejenis tembakau yang kuat ini telah membuatkan wanita tersebut kehilangan keseimbangan badannya sebaik saja beliau menghisap bahan itu ke dalam tubuh badannya.

Di Vietnam, pengambilan tembakau jenis ini adalah biasa terutamanya selepas makan bagi untuk membantu proses penghadaman. Ianya biasa diambil bersama-sama dengan teh hijau atau bir tempatan.

Pengambilan Thuốc Lao ini telah menyebabkan bekalan nikotin membanjiri memasuki ke dalam aliran darah dan membuatkan perokok menjadi pening dan ini berlangsung selama beberapa saat.

Selain itu, perokok yang tidak biasa dengan kandungan nikotinnya yang tinggi akan menghidapi kesan sampingan seperti muntah-muntah dan rasa loya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments