Luahan terakhir Weigang sebelum tinggalkan bumi Malaysia - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Jun 14th, 2017

Luahan terakhir Weigang sebelum tinggalkan bumi Malaysia

Image may contain: 3 people, people smiling, close-up

 

KECEWA dengan layanan semasa berada di Malaysia.” Itu luahan terakhir Karl Hanz Weigang kepada Bakri Ibni ketika bertemu bekas pemain negara berkenaan  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), lima hari lalu.

Menurut Bakri, Weigang berasa tidak dihargai sepanjang menabur bakti di negara ini walaupun  banyak berjasa terhadap bola sepak Malaysia dan Perak.

“Lima hari lepas semasa jumpa di KLIA, dia (Weigang) ada bertanya kepada saya, “Apa lagi yang dia tidak buat (jasa)”. Kenapa orang Malaysia buat macam ini (layanan).

 “Walaupun dia tersenyum tapi riak wajah mukanya nampak dia betul-betul kecewa kerana apa yang dilakukan tidak dihargai.
“Saya sebagai rakyat Malaysia sangat rasa bersalah kerana merasakan pihak terbabit tidak sepatut buat seperti itu, buang macam dia tidak berjasa ke atas pasukan,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, bekas jurulatih bola sepak negara berusia 82 tahun itu meninggal dunia akibat serangan jantung di Jerman pernah membantu skuad negara mara ke Sukan Olimpik Moscow 1980 dan pernah mengendalikan skuad Perak dua kali pada 1997 hingga 2000 dan 2016 hingga 2017.

Bakri melahirkan rasa sedih atas kehilangan jurulatih legenda Perak itu  mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang.

“Berita menyedihkan buat bola sepak apabila kehilangan jurulatih yang sangat berpengalaman, walaupun dia tegas, tapi caranya disenangi pemainnya,” jelasnya lagi.

Selain  pernah  membantu  skuad negara layak  ke Sukan Olimpik Moscow 1980, Weigang pernah membantu Perak memenangi Piala Malaysia pada 1998 dan 2000.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (26)