Lelaki dicekup onani, tonton porno dalam tandas wanita - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Jun 14th, 2017

Lelaki dicekup onani, tonton porno dalam tandas wanita

Image may contain: one or more people and people standing

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dicekup ketika sedang beronani sambil menonton video lucah di dalam tandas wanita di sebuah pusat beli belah di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, perbuatan tidak senonoh suspek itu disedari seorang wanita yang terbau asap rokok ketika menggunakan tandas terbabit.

Menurut pengguna Facebook Irish Aida, dia kemudiannya bertindak mengetuk pintu tandas sebelum terdengar suara seorang lelaki berdehem dari dalam.

Lelaki Dicekup Onani, Tonton Porno Dalam Tandas Wanita

Dalam keadaan kelam kabut itu, dia kemudian meminta pertolongan dari seorang remaja bagi menahan suspek.

“Mulanya ingat dia tersalah masuk tandas dan takut nak keluar tapi silap, rupa-rupanya dia sedap duduk kat dalam tu sambil tengok video menjijikkan,” tulisnya.

Lebih mengejutkan, lelaki itu dikatakan sudah berada di dalam tandas awam itu lebih daripada tiga jam.

Difahamkan, suspek pada mulanya dilepaskan kerana kekurangan bukti namun mangsa meminta rakan-rakan lelakinya mencari semula lelaki gila seks itu untuk diserah kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Irish turut menasihati orang ramai terutamanya wanita supaya lebih berwaspada apabila mengunakan tandas awam lebih-lebih lagi ketika berseorangan.

“Korang kena lebih berhati-hati, terutamanya yang selalu ke bandar seorang diri tu 😫 and girls out there please, pergi toilet sila berteman walaupon toilet office sendiri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (26)