Bekas jurulatih Perak Karl-Heinz Weigang meninggal dunia

25

Image may contain: 1 person, smiling, suit and text

 

Bekas jurulatih Perak yang merupakan antara jurulatih yang cukup digemari oleh peminat The Bos Gaurus iaitu Karl-Heinz Weigang dilaporkan telah meninggal dunia.

Menerusi laman Twitter personaliti Astro Arena iaitu Akbar Sahari, jurulatih veteran itu telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Weigang dengan bola sepak Malaysia cukup sebati. Beliau merupakan individu yang membawa pasukan negara ke Sukan Olimpik Moscow pada 1980 namun pasukan negara menarik diri akibat protes terhadap negara tuan rumah.

Selepas itu, beliau terus menjadi jurulatih yang sentiasa menjadi kesayangan penyokong-penyokong Perak apabila kehadiran beliau telah berjaya membawa pelbagai kejayaan kepada Perak.

Beliau pernah membawa kejayaan kepada Perak pada tahun 1998 dan juga 2000 apabila membawa pasukan tersebut menjuarai Piala Malaysia.

Weigang musim ini ada menjadi jurulatih pasukan Perak pada awal musim namun beliau membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan tersebut pada pertengahan musim.

Kenangan terhebat beliau pada musim ini adalah membantu Perak menewaskan JDT dalam saingan Liga Super di Ipoh. –SemuanyaBola

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments