Julia Perez meninggal dunia

    18

    Image may contain: 1 person, text

     

    JAKARTA: Pelakon yang juga penyanyi dangdut Indonesia, Julia Perez, 37, meninggal dunia 11 pagi tadi selepas tiga tahun berjuang melawan kanser serviks.

    Arwah yang lebih dikenali sebagai Jupe menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM), Khabar duka itu dimaklumkan adiknya, Nia Anggia Perez, menerusi akaun Instagramnya.

    Nia Anggia sebelum itu sebelum itu sempat mencoretkan luahan hatinya ketika arwah kakaknya sedang berjuang dengan maut. Jupe atau nama sebenarnya, Yulia Rachmawati, dilahirkan di Jakarta pada 15 Julai 1980.

    Arwah disahkan menghidap kanser serviks atau barah pangkal rahim sejak tahun 2014 dan pernah dikatakan bebas daripada penderitaan itu, dua tahun lalu. Kesihatannya bagaimanapun merosot sejak akhir tahun lalu.

    Sejak Februari lalu, anak sulung pasangan Angkasa Jaya dan Sri Wulansih itu dirawat secara intensif di RSCM.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments