1,000 ahli PPBM Perak keluar parti kerana kecewa - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Sat, May 27th, 2017

1,000 ahli PPBM Perak keluar parti kerana kecewa

Image may contain: 15 people, people smiling, people sitting

IPOH: Lebih 1,000 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak diketuai Ketua Penaja Bahagian PPBM Ipoh Timur Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja Bahagian PPBM Teluk Intan Jemaat Yaacob isytihar keluar parti, berkuat kuasa hari ini.

Tindakan itu susulan kegagalan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelesaikan konflik dalaman parti di peringkat pusat dan negeri walaupun tempoh seminggu diberikan kepada beliau.

Mereka berkata mereka sangat kecewa selain mengingatkan Muhyiddin bahawa peletakan jawatan itu akan meninggalkan kesan negatif kepada imej dan kredibiliti PPBM.

“Kami ingin mengingatkan pemimpin PPBM supaya bermuhasabah dan jangan menuding jari atas apa yang berlaku.

“Semua insiden yang berlaku tidak pernah diambil perhatian oleh presiden PPBM sendiri, selain kami yakin ada ramai lagi anggota akan meninggalkan PPBM,” kata mereka pada sidang media di sini hari ini.

Azrul Suhadi berkata, rata-rata anggota yang bertindak meninggalkan parti itu juga merupakan penggerak asal selain banyak bersusah payah mewujudkan PPBM di kawasan masing-masing.

Sementara itu, Penyelaras PPBM Pasir Salak Mohamad Hasan pula berkata tindakan keluar parti itu bersifat rela hati tanpa didorong mana-mana pihak tidak berkepentingan.

Beliau berkata amalan kronisme yang semakin ketara dalam PPBM turut menjadi penyumbang kepada tindakannya itu.

“Presiden sendiri catur orang dia untuk beberapa jawatan tertinggi PPBM walaupun di depan kami beliau pernah kata integriti, disiplin dan perpaduan itu merupakan tunjang utama menggerakkan parti,” katanya.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (32)