Exco Srikandi BERSATU letak jawatan - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, May 23rd, 2017

Exco Srikandi BERSATU letak jawatan

EXCO Srikandi PPBM, Zulaiha Sidek (dua dari kanan) mengumumkan peletakan jawatan dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini. – UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin kanan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan peletakan jawatannya dalam pertubuhan itu hari ini.

Exco sayap wanita BERSATU, Zulaiha Sidek, membuat pengumuman itu di Ipoh, Perak.

Kata Zulaiha, keputusannya melepaskan jawatan dibuat tanpa desakan mana-mana pihak, sebaliknya atas pertimbangan sendiri.
“Keputusan ini adalah atas desakan diri sendiri sebagai tanda sudah muak dengan kemelut dan pergolakan dalaman parti,” katanya pada sidang media dan disiarkan Utusan Online.

Selain menjadi exco Srikandi kebangsaan, Zulaiha juga ialah Ketua Penaja Srikandi BERSATU Batu Gajah.

Turut melepaskan jawatan ialah Ketua Penaja Srikandi Gopeng, Aflatuniah Md Norani.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (6)