‘Zaman saya tiada insiden lempang’ - Tun M - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Sat, May 20th, 2017

‘Zaman saya tiada insiden lempang’ – Tun M

SHAH ALAM – Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa peluang rakyat untuk bertanya perkara benar semakin terhad, malah mengakibatkan individu itu ditimpa masalah.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, insiden seperti yang terjadi kepada produser filem, David Teo tidak pernah berlaku pada era pemerintahannya, mahupun zaman pentadbiran perdana menteri terdahulu.

Menurutnya, perkara seperti itu hanya berlaku pada zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ramai yang membenci pemerintahannya.

“Tak pernah berlaku dahulu dan tak pernah berlaku kepada saya dan perdana menteri yang lain sebelum daripada saya.

“Ia berlaku hanya di zaman Najib, kerana semua orang benci terhadap pemerintahannya, tetapi apabila mereka bercakap, mereka akan hadapi masalah,” katanya secara langsung dalam temu bual ‘Hangpa Tanya, #ChedetJawab’ yang dibuat secara langsung di laman sosial Facebook beliau, semalam.

Pada Rabu lalu, Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) kecoh selepas pelawak, Sulaiman Yassin atau Mat Over menampar David di depan Najib.

David tidak puas hati cara moderator, Datuk Rosyam Nor mengendalikan majlis dan berlaku sedikit ketegangan antara David dan Rosyam sebelum Mat Over muncul, dan menampar David.

Kata Mahathir, kebanyakan media, termasuk surat khabar dan stesen televisyen kini ditapis sehingga tidak ada berita lagi.

“Sebab itu bila ada peluang untuk mereka bercakap, mereka cuba dan inilah kesan. Inilah hasil daripada percubaan untuk bercakap benda yang benar. Untuk bertanya soalan pun tak boleh, kena pukul,” katanya.

Menurut beliau, insiden itu juga memalukan negara di seluruh dunia.

“Saya tak tahulah Mat Over ini siapa, tetapi sepatutnya selepas dia lempang itu dipisahkan. Tapi saya nampak ramai orang bersorak. Ini memalukan kita di seluruh dunia, lebih-lebih lagi perkara ini berlaku di depan perdana menteri.

“Biarpun ada cara berdamai, tapi benda sudah berlaku. Kalau dia (Najib) berani, buka kepada semua orang. Kita nak tengok, orang takut lempang atau tidak,” katanya.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (24)