Puteri Umno boleh sertai PKR jika pakaian jadi isu, Zuraida jawab Ku Nan - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Sat, May 20th, 2017

Puteri Umno boleh sertai PKR jika pakaian jadi isu, Zuraida jawab Ku Nan

PETALING JAYA: Wanita PKR menyindir ahli-ahli Puteri Umno supaya berpakaian sopan sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung mereka, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kelmarin, yang mengaitkan jenayah dengan cara wanita berpakaian.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya ahli-ahli Puteri Umno masih berhadapan dengan masalah jenayah termasuk gangguan seksual, mereka boleh menyertai PKR di mana ahli-ahlinya berpakaian sopan.

“Wanita PKR ingin melihat Puteri Umno ikut nasihat fesyen Ku Nan supaya berpakaian lusuh untuk mengelakkan gangguan.

“Lagipun, Puteri Umno kelihatan mahu mendapatkan nasihat daripada Ku Nan dan juga memberi beliau tepukan gemuruh kerana mengatakan demikian semasa dialog TN50.”

Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, dalam Wanita PKR kaum wanita berpakaian sopan dan mengelakkan gangguan kerana lelaki nakal tidak mengganggu wanita yang bermaruah, yang yakin diri mereka sendiri.

“Jika Puteri Umno masih mempunyai masalah dengan gangguan, kami menjemput mereka untuk menyertai Wanita PKR atau Srikandi PKR,” kata beliau menerusi kenyataan media hari ini.

Zuraida menyertai pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang mengkritik Tengku Adnan, Menteri Wilayah Persekutuan yang melahirkan pandangan sedemikian ketika dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Kuala Lumpur kelmarin.

Tengku Adnan yang mesra dengan panggilan Ku Nan mencadangkan seorang ahli Puteri Umno Wilayah Persekutuan yang bertanya supaya berpakaian ‘comot’ bagi mengelakkan dirinya daripada diganggu.

“Awak ini cantik sangat, lain kali pakai comot-comot sikit,” kata beliau menjawab soalan ahli itu yang bimbang dengan jenayah yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Zuraida menambah, Wanita PKR juga ingin mengingatkan Tengku Adnan bahawa pakaian wanita tidak boleh dipersalahkan berhubung cara mereka dilayan.

“Jika anda menurunkan taraf berpakaian seseorang wanita daripada kemas kepada lusuh, dan dia masih diganggu selepas itu, maka apa yang akan berlaku lagi?

Katanya, jika anda melihat di beberapa negara, mereka hanya membenarkan wanita untuk keluar rumah dengan lelaki yang dibenarkan (ada pertalian) dan dilindungi sepenuhnya.

Jelas Zuraida, tidak ada keperluan bagi Malaysia untuk mewujudkan keadaan itu jika negara mempunyai undang-undang untuk menghalang seseorang daripada tidak menghormati dan bertindak kurang sopan kepada wanita.

“Gangguan adalah jenayah berasaskan gender dan harus dikenakan tindakan tegas. Wanita PKR percaya persamaan jantina termasuk bagi lelaki menghormati wanita saksama.

“Jika ada pihak yag tidak mengetahui sempadan mereka, maka perlu ada hukuman untuk membuat mereka menyedari kesilapan mereka.”

Kata beliau, gangguan seksual di tempat kerja tertakluk kepada Akta Kerja 1955 dan tindakan undang-undang boleh diambil oleh mangsa terhadap pelaku.

“Walau bagaimanapun, masih terdapat had landasan untuk menangani gangguan seksual di bawah undang-undang biasa.

“Wanita PKR melihat keperluan untuk meminda undang-undang sedia ada untuk melindungi hak-hak wanita untuk berpakaian mengikut cara dia mahu.

Justeru, kata Zuraida, daripada berpakaian lusuh, wanita boleh selamat apabila mereka menyedari bahawa “undang-undang kita melindungi mereka daripada orang-orang yang bertindak seperti haiwan.” – FMT

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (13)