‘Suruh jual Ghaddar dia tak nak’ buat penyokong Kelantan tak senang duduk

26

Image may contain: 2 people, beard and close-up

 

GARA-GARA satu kenyataan yang dikeluarkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan pemain import kesayangan Kelantan, Mohammed Ghaddar, penyokong pasukan Kelantan mula tidak senang duduk.

Kenyataan berbaur gurauan sinis itu dikeluarkan Tengku Ismail atau TMJ, dalam satu perjumpaan dengan penyokong pasukan Johor Darul Takzim, pada Ahad.

Beberapa video tersebar di laman sosial memaparkan penasihat diraja JDT itu mengeluarkan kenyataan berbunyi “Orang suruh jual Ghaddar, tak nak” mengundang rasa risau penyokong Kelantan.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments